Perlembagaan



KELUARGA ANAK KEDAH SYRIA (KKDS)

DRAF PERLEMBAGAAN

BAB  01 : PENGENALAN.

Fasal 01 :              Nama Pertubuhan.

(1) :         Keluarga Anak Kedah Syria.

(2) :         .رابطة الطلبة القدحيين بسـورية

(3) :         كلوارگا أنق قدح سيريا.

(4) :         Kedah Students Group In Syria.

(5) :         Singkatan bagi pertubuhan ini ialah “KKDS”

Fasal 02 :              Penubuhan.

(1) :         27hb Mac 1996 M Bersamaan  7hb Zulkaedah 1416 H Hari Rabu.

Fasal 03 :              Alamat.

(1) :         Kedah Students Group In Syria

P.O. Box 12879,

Damascus,

Syrian Arab Republic.

Fasal 04 :              Penaung.

(1) :         KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman.

(2) :         Kerajaan Kedah Darul Aman.

(3) :         Yayasan Islam Negeri Kedah Darul Aman.

(4) :         Kedutaan Besar Malaysia Syria.

(5) :         Jabatan Penuntut Malaysia Jordan.

(6) :         Jabatan Penuntut Kedah Mesir (Jordan,Syria)

(7) :         Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS).

Fasal 05 :              Logo.

(1) :         Padi menunjukkan Negeri Kedah Jelapang Padi Negara.

(2) :         Buku melambangkan ilmu sebagai asas kejayaan.

(3) :         1416 H bersamaan 1996 M tahun ditubuhkan.

(4) :         Gabungan bendera Negeri Kedah dan Syria menandakan bahawa anak Negeri Kedah berada di bumi Syria.

(5) :         Tengkolok dijulang menandakan KDYMM Tuanku Sultan sebagai pemerintah dan ketua agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

(6) :         Perisai melambangkan rakyat jelata dibawah naungan KDYMM Tuanku Sultan.

Fasal 06 :              Moto.

(1) :         “Ilmu Asas Kejayaan”

Fasal 07 :              Dasar.

(1) :         Al-Quran Dan Sunnah.

Bab 02 :                OBJEKTIF PENUBUHAN

Fasal 08 :              Visi.

(1) :         Menyatukan pelajar Negeri Kedah di dalam sebuah organisasi berteraskan Islam.

Fasal 09 :              Misi.

(1) :         Menjaga hal ehwal kebajikan pelajar Negeri                Kedah Darul Aman.

(2) :         Mengeratkan ukhuwah di kalangan para ahli.

(3) :         Menjadi perantaraan ahli dengan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

(4) :         Berusaha mendapatkan bantuan pembelajaran untuk ahli dari mana-mana pihak berkenaan.

(5) :         Membantu ahli di dalam mempertingkatkan prestasi pelajaran.

Fasal 10 :              Aktiviti Am.

(1) :         Menyambut para tetamu dari Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

(2) :         Mengadakan program sambutan kebesaran Islam.

(3) :         Menguruskan hal ehwal kebajikan ahli.

(4) :         Mendapatkan sumber kewangan bagi ahli dan KKDS.

(5) :         Melatih ahli untuk menjadi insan yang berkualiti.

Bab 03 :KEAHLIAN.

Fasal 11 :              Jenis Ahli.

(1) :         Ahli rasmi.

(2) :         Ahli bersekutu.

Fasal 12 :              Syarat-syarat Keahlian.

(1) :         Ahli rasmi.

a)       Beragama Islam.

b)       Warganegera Malaysia.

c)       Lahir atau bermastautin di Kedah.

d)       Tidak menjadi ahli rasmi kepada Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang lain

e)       Berstatus pelajar di Syria.

f)        Mengakui dan menerima Perlembagaan KKDS.

(2) :         Ahli bersekutu

a)       Mempunyai hubungan kekeluargaan kepada ahli rasmi.

b)       Anak negeri Kedah yang bukan berstatus pelajar.

c)       Pernah menetap di Kedah.

d)       Lahir di Kedah dan menjadi ahli rasmi kepada Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang lain.

e)       Memohon dan diluluskan keahlian.

f)        Mengakui dan menerima Perlembagaan KKDS.

Fasal 13 :              Bayaran Pendaftaran Dan Yuran Tahunan Bagi Ahli Rasmi Dan Bersekutu.

(1) :         Bayaran Pendaftaran Seorang :

100 L.S (seratus Lira Syria) sekaligus.

(2) :         Bayaran Yuran Tahunan Seorang :

50 L.S (lima puluh Lira Syria)  pada setiap tahun.

Fasal 14 :              Pengesahan Keahlian.

(1) :         Mengisi borang keahlian dengan lengkap.

(2) :         Menjelaskan bayaran pendaftaran dan yuran tahunan dengan sempurna.

(3) :         Permohonan mestilah dihantar kepada Setiausaha Agung.

(4) :         Pengesahan keahlian akan dibuat di dalam Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

(5) :         Permohonan yang diluluskan atau ditolak akan dimaklumkan oleh Setiausaha Agung secara bertulis.

Fasal 15 :              Hak Keahlian.

(1) :         Ahli Rasmi :

a)       Berhak menghadiri Muktamar Agung Tahunan (MAT) atau Muktamar Agung Khas (MAK).

b)       Berhak mengundi, diundi dan berkempen dalam pemilihan.

c)       Berhak bersuara,mendapatkan perkhidmatan dan mengikuti kegiatan.

(2) :         Ahli Bersekutu :

a)       Berhak mengundi sahaja di dalam proses pemilihan.

b)       Berhak mengikuti segala aktiviti KKDS.

c)       Berhak bersuara dan memberikan pendapat.

Fasal 16 :              Tanggungjawab Ahli.

(1) :         Menjadi seorang pelajar Islam .

(2) :         Menghormati dan mematuhi dasar atau Perlembagaan KKDS.

(3) :         Menjelaskan bayaran pendaftaran dan yuran tahunan.

(4) :         Mengikuti segala program yang dianjurkan.

(5) :         Mewujudkan suasana harmoni dan tidak mencemarkan nama baik KKDS.

Fasal 17 :              Perlucutan Ahli.

(1) :         Hilangnya salah satu dari syarat keahlian.

(2) :         Tamat pengajian dan meninggalkan  Syria melebihi 2 (dua) tahun.

(3) :         Menarik diri dari keahlian secara bertulis.

(4) :         Tidak menjelaskan yuran tahunan selama 2 (dua) tahun berturut-turut.

(5) :         Meninggal dunia.

Fasal 18 :              Pembaharuan Keahlian.

(1) :         Ahli yang hilang keahlian atau permohonan yang ditolak hendaklah mengemukakan surat rayuan kepada Setiausaha Agung bagi dibincangkan di dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

Bab 04 : ORGANISASI PENTADBIRAN.

Fasal 19 :              Struktur Organisasi.

(1) :         Lembaga Penasihat.

(2) :         Lembaga Disiplin.

(3) :         Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

(4) :         Pemeriksa kira-kira.

Fasal 20 :              Organisasi Lembaga Penasihat.

(1) :         Perlantikan Lembaga Penasihat adalah seramai 3 (tiga) orang berdasarkan keputusan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

(2) :         Dilantik dari kalangan Ahli Rasmi dan bukan dari Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

(3) :         Lembaga Penasihat perlu melantik seorang ketua dari kalangan mereka.

(4) :         Perlucutan jawatankuasa Ahli Lembaga Penasihat:

a)       Berlaku pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) sesi baru.

b)       Dipersetujui sekurang-kurangnya 2/3 (dua pertiga) oleh ahli mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

Fasal 21 :              Organisasi Lembaga Disiplin.

(1) :         Dianggotai seramai 5 (lima) orang iaitu 3 (tiga) orang lelaki dan 2 (dua) orang perempuan, berdasarkan keputusan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

(2) :         Terdiri daripada:

a)       Pengerusi.

b)       Setiausaha.

c)       3 (tiga) orang ahli jawatankuasa.

(3) :         Setiap jawatankuasa tersebut akan ditentukan di dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin.

(4) :         2 (dua) orang dipilih dari kalangan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan 3 (tiga) orang daripada Ahli Rasmi yang berkelayakan.

(5) :         Perlucutan jawatankuasa Ahli Lembaga Disiplin mengikut sepertimana fasal 20 (4).

Fasal 22 :              Organisasi Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

(1) :         Ahli Majlis Tertinggi (AMT) terdiri daripada:

a)       Yang di Pertua (YDP).

b)        Timbalan Yang di Pertua.

c)        Setiausaha Agung.

d)        Bendahari Agung.

e)        Ketua Helwi.

f)         Timbalan Ketua Helwi.

g)        Setiausaha Helwi.

h)        Bendahari Helwi.

i)          Pengerusi Lajnah 1 (lelaki).

j)         Pengerusi Lajnah 2 (perempuan).

(2) :         Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dipilih oleh ahli melalui Muktamar Agung Tahunan (MAT) seramai 15 (lima belas) orang, terdiri daripada 8 (lapan) orang lelaki dan 7 (tujuh) orang perempuan.

(3) :         Jawatan Yang di Pertua (YDP) dan Ketua Dewan Helwi dipertandingkan dalam Muktamar Agung Tahunan (MAT), manakala jawatan yang berbaki ditentukan di dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) kali pertama.

(4) :         Ahli Majlis Tertinggi (AMT) terlantik boleh dilantik mengikut keperluan pentadbiran dan ia ditentukan di dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

(5) :         Tempoh perkhidmatan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) bermula dari pengumuman Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan sehingga diumumkan pembubaran oleh Pengerusi Tetap atau Timbalan Pengerusi Tetap.

(6) :         Di dalam Ahli Majlis Tertinggi (AMT) terdapat satu badan yang dinamakan badan Helwi yang ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal siswi.

(7) :         Perlucutan dan penggantian Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

a)       Hilang syarat-syarat keahlian.

b)       Mendapat persetujuan 2/3 (dua pertiga) dari Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

c)       Tidak menghadiri mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) 3 (tiga) kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah.

d)       Ahli Majlis Tertinggi (AMT) hendaklah membuat penggantian dengan segera bagi jawatan yang dikosongkan.

Fasal 23 :              Organisasi Hal-Ehwal Siswi (HELWI).

(1) :         Ahli Helwi terdiri daripada:

a)       Ketua Helwi.

b)       Timbalan Ketua Helwi.

c)       Setiausaha Helwi.

d)       Bendahari Helwi.

e)       3 (tiga) orang ahli jawatankuasa.

(2) :         Ahli Helwi dipilih di dalam Muktamar Agung  Tahunan (MAT), manakala jawatan mereka ditentukan di dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) kali pertama kecuali jawatan Ketua Helwi (sila rujuk fasal 22 (3) ).

Fasal 24 :              Dewan Harian.

(1) :         Keanggotaan Dewan Harian terdiri daripada :

a)       Yang di Pertua (YDP).

b)       Timbalan Yang di Pertua.

c)       Setiausaha Agung.

d)       Bendahari Agung.

e)       Ketua Helwi atau Timbalan Ketua Helwi.

f)        Setiausaha Helwi.

Fasal 25 :              Pemeriksa kira-kira.

(1) :         Pemeriksa kira-kira terdiri daripada seorang lelaki dan  seorang perempuan yang dipilih di dalam Muktamar Agung Tahunan (MAT).

(2) :         Dipilih dari kalangan Ahli Rasmi KKDS yang bukan dari Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

(3) :         Perlucutan dan penggantian Pemeriksa kira-kira.

a)       Hilang syarat-syarat keahlian rasmi KKDS kecuali perkara ( c ) dan ( e ) di dalam  fasal 12 (1).

b)       Ahli Majlis Tertinggi (AMT) hendaklah membuat penggantian dengan segera bagi jawatan yang dikosongkan.

c)       Tempoh perkhidmatan Pemeriksa kira-kira bermula dari pengumuman Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan sehingga diumumkan pembubaran oleh Pengerusi Tetap atau Timbalan Pengerusi Tetap.

Bab 05 :                BIDANG TUGAS.

Fasal 26 :              Lembaga Penasihat.

(1) :         Memberi nasihat kepada Ahli Majlis Tertinggi (AMT) di dalam melaksanakan perjalanan KKDS mengikut ketetapan perlembagaan KKDS.

(2) :         Berhak menghadiri sebarang mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan berhak juga bersuara dan memberi cadangan.

Fasal 27 :              Lembaga Disiplin.

(1) :         Lembaga Disiplin perlu menyediakan panduan kod etika sebagai rujukan untuk setiap ahli.

(2) :         Berhak mengambil sebarang tindakan yang perlu kepada ahli-ahli yang melanggar Perlembagaan, Kod Etika dan Hukum Syarak.

(3) :         Tindakan yang dikenakan adalah berdasarkan kepada keputusan mesyuarat Ahli Lembaga Disiplin.

Fasal 28 :              Yang di Pertua (YDP).

(1) :         Bertanggungjawab sepenuhnya memimpin KKDS ke arah mempertingkatkan kestabilan dan kemajuan.

(2) :         Mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan Dewan Harian.

(3) :         Memberi arahan kepada Ahli Majlis Tertinggi (AMT) di dalam melaksanakan kerja-kerja pentadbiran KKDS.

(4) :         Menandatangani surat akuan, minit mesyuarat atau surat yang berkaitan.

(5) :         Berhak menghadiri sebarang mesyuarat jawatankuasa dalam KKDS.

(6) :         Mengeluarkan kenyataan rasmi bagi pihak KKDS pada ketika perlu.

Fasal 29 :              Timbalan Yang di Pertua.

(1) :         Memangku jawatan Yang di Pertua (YDP) jika ketiadaannya.

(2) :         Bekerjasama dengan Yang di Pertua (YDP) di dalam melaksanakan tugasnya.

Fasal 30 :              Setiausaha Agung.

(1) :         Bertanggungjawab sepenuhnya dalam pentadbiran dan organisasi KKDS.

(2) :         Mengeluarkan dan menandatangani surat-surat rasmi serta yang berkaitan.

(3) :         Bertanggungjawab secara langsung kepada Yang di Pertua (YDP) dan perkara-perkara yang diputuskan di dalam sebarang mesyuarat.

(4) :         Memanggil mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) atas arahan Yang di Pertua (YDP) atau dengan permintaan bersurat sekurang-kurangnya 1/3 (satu pertiga) daripada Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

(5) :         Menyimpan dan mengemaskini segala dokumen KKDS kecuali urusan yang melibatkan pentadbiran kewangan.

(6) :         Menyiap dan membentang minit mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan Muktamar Agung Tahunan (MAT) yang lalu.

(7) :         Menyelaraskan semua perancangan tahunan KKDS dan menyiapkan laporan tahunan perjalanan KKDS untuk dibentangkan di dalam Muktamar Agung Tahunan (MAT).

(8) :         Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan Muktamar Agung Tahunan (MAT), Muktamar Agung Khas (MAK) dan sebarang mesyuarat atau perjumpaan yang melibatkan keseluruhan ahli.

(9) :         Setiausaha Agung perlu melantik Timbalan Setiausaha dalam membantu tugas-tugas kesetiausahaan dan menubuhkan beberapa unit mengikut keperluan.

Fasal 31 :              Bendahari Agung.

(1) :         Bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan kewangan KKDS.

(2) :         Menyedia dan membentangkan laporan kewangan KKDS dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

(3) :         Membentangkan laporan dan penyata kewangan KKDS yang telah diaudit oleh Pemeriksa kira-kira di dalam Muktamar Agung Tahunan (MAT).

(4) :         Mengemaskini penyata kewangan KKDS secara bulanan.

(5) :         Mengutip dan menyelaraskan pungutan yuran ahli.

(6) :         Bertanggungjawab menjaga dan memantau segala aset kewangan dan harta-benda KKDS.

(7) :         Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dalam mendapatkan sumber kewangan KKDS.

Fasal 32 :              Ketua Helwi.

(1) :         Bertanggungjawab ke atas semua Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Helwi dan ahli Helwi KKDS keseluruhannya.

(2) :         Bertanggungjawab secara langsung kepada Yang di Pertua.

(3) :         Menetap dan mempengerusikan semua mesyuarat Dewan Helwi dan bertanggungjawab ke atas semua perjalanan mesyuarat Dewan Helwi.

(4) :         Melaporkan sebarang kegiatan Dewan Helwi kepada mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

Fasal 33 :              Timbalan Ketua Helwi.

(1) :         Memangku jawatan Ketua Helwi jika ketiadaannya.

(2) :         Bekerjasama dengan Ketua Helwi di dalam melaksanakan tugasannya.

Fasal 34 :              Setiausaha Helwi.

(1) :         Membantu tugas-tugas Ketua Helwi dan Timbalan Ketua Helwi.

(2) :         Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Helwi dan perkara-perkara yang diputuskan di dalam sebarang  mesyuarat Helwi.

(3) :         Memanggil mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Helwi atas arahan Ketua Helwi atau dengan permintaan bersurat sekurang-kurangnya 1/3 (satu pertiga) daripada Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Helwi.

(4) :         Bekerjasama dengan Setiausaha Agung dalam mengemaskini segala dokumen Helwi.

(5) :         Menyelaraskan semua perancangan tahunan Helwi dan menyiapkan laporan tahunan Helwi untuk dibentangkan di dalam Muktamar Agung Tahunan (MAT).

(6) :         Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang mesyuarat atau perjumpaan yang melibatkan ahli Helwi.

(7) :         Setiausaha Helwi boleh melantik Timbalan Setiausaha Helwi mengikut keperluan.

Fasal 35 :              Bendahari Helwi.

(1) :         Bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan kewangan Helwi.

(2) :         Bekerjasama dengan Bendahari Agung dalam menyediakan penyata kewangan dan penyelarasan pungutan yuran tahunan ahli Helwi.

(3) :         Menyiapkan laporan kewangan tahunan Helwi untuk dibentangkan di dalam Muktamar Agung Tahunan (MAT).

Fasal 36 :              Pengerusi Lajnah 1 Dan Pengerusi Lajnah 2.

(1) :         Bertanggungjawab dan bekerjasama dalam mengelola, mengatur halatuju dan gerakkerja lajnah yang dipimpin.

(2) :         Perlu membentuk organisasi selepas penetapan lajnah di dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

(3) :         Merancang dan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dengan lajnah dan tidak bercanggah dengan perlembagaan KKDS.

(4) :         Menyedia dan membentangkan laporan aktiviti lajnah di dalam setiap mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

Fasal 37 :              Pemeriksa kira-kira 1 dan 2.

(1) :         Meneliti segala butiran serta catatan  di dalam hal ehwal kewangan dan harta benda KKDS.

(2) :         Memeriksa dan mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan KKDS untuk Muktamar Agung Tahunan (MAT) KKDS.

(3) :         Pemeriksa kira-kira hendaklah mengaudit kira-kira KKDS dengan arahan Yang di Pertua (YDP) pada bila-bila masa dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Ahli Majlis Tertinggi (AMT) KKDS.

(4) :         Pemeriksa kira-kira hendaklah mengaudit kira-kira KKDS sekurang-kurangnya 3 (tiga) kali dalam setahun dan berhak menjalankan tugasan walaupun tanpa arahan Yang di Pertua (YDP) atau Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

Fasal 38 :              Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.

(1)           Mempengerusikan Muktamar Agung Tahunan (MAT), Muktamar Agung Khas (MAK) atau program yang diadakan mengikut keperluan.

Fasal 39:               Tugas-tugas Am.

(1) :         Setiap jawatan ketua perlulah dipangku semasa ketiadaannya mengikut turutan jawatan tertinggi selepasnya.

(2) :         Yang di Pertua (YDP) bertanggungjawab dalam masalah kewangan KKDS semasa ketiadaan Bendahari Agung.

(3) :         Penubuhan lajnah ditentukan oleh ahli mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) kali pertama mengikut keperluan sesi berkenaan.

(4) :         Ahli Majlis Tertinggi (AMT) boleh menubuhkan jawatankuasa khas sekiranya difikirkan mustahak.

(5) :         Ahli Majlis Tertinggi (AMT) berkuasa membatalkan sesuatu aktiviti yang bercanggah dengan dasar dan perlembagaan KKDS.

(6) :         Ahli Majlis Tertinggi (AMT) perlu melaksanakan setiap perkara yang diputuskan dalam Muktamar Agung Tahunan.

(7) :         Ahli Majlis Tertinggi (AMT) boleh membatalkan mana-mana keputusan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) sesi berkenaan sekiranya difikirkan perlu.

Bab 06 :MUKTAMAR AGUNG DAN MESYUARAT.

Fasal 40 :              Muktamar Agung Tahunan (MAT).

(1) :         Muktamar Agung Tahunan (MAT) diadakan setahun sekali mengikut masa yang dipersetujui oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

(2) :         Syarat  sah Muktamar Agung Tahunan (MAT):

a)       Korum Muktamar Agung adalah 1/2 (satu perdua) ahli KKDS yang berada di Syria.

b)       Jika korum tidak mencukupi setelah 1 (satu) jam daripada waktu yang ditetapkan, maka ahli-ahli yang hadir boleh meneruskan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang dan membuat keputusan yang melibatkan semua ahli.

(3) :         Agenda Muktamar Agung Tahunan (MAT).

a)       Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu .

b)       Membentang dan mengesahkan laporan tahunan.

c)       Membentang dan mengesahkan penyata kewangan bermula dari awal pentadbiran sehingga Muktamar Agung Tahunan (MAT) sesi berkenaan.

d)       Memilih Ahli Majlis Tertinggi sesi baru.

e)       Memilih Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap, Pemeriksa kira-kira 1 dan 2.

f)        Menerima dan membahas usul-usul.

g)       Hal-hal lain.

h)       Ucapan penangguhan.

(4) :         Notis Muktamar Agung Tahunan.

a)       Setiausaha Agung hendaklah mengeluarkan surat pekeliling sekurang kurangnya 14 hari sebelum Muktamar Agung Tahunan bermula.

b)       Setiap usul yang hendak dikemukakan mestilah diserahkan kepada setiausaha agung 7 (tujuh) hari sebelum bermula Muktamar Agung Tahunan (MAT).

Fasal 41 :              Muktamar Agung Khas (MAK).

(1) :         Muktamar Agung Khas boleh diadakan :

a)       Bagi membincangkan dasar KKDS dengan agenda yang khusus hasil persetujuan Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

b)       Atau atas permintaan sekurang-kurangnya 1/2 (satu perdua) ahli KKDS yang berada di Syria secara bertulis dengan menerangkan tujuan dan sebab perlu diadakan.

(2) :         Syarat sah Muktamar Agung Khas (MAK).

(Sila rujuk sepertimana fasal 40 (2) ).

(3) :         Notis Muktamar Agung Khas (MAK).

(Sila rujuk sepertimana fasal 40 (4) ).

Fasal 42 :              Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

(1) :         Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 2 (dua) bulan sekali.

(2) :         Korum mesyuarat adalah 1/2 (satu perdua) daripada kalangan Ahli Majlis Tertinggi (AMT.

(3) :         Sebarang keputusan atau resolusi yang dicapai di dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) hendaklah mendapat undian majoriti daripada ahli mesyuarat yang hadir.

Fasal 43 :              Mesyuarat Dewan Harian.

(1) :         Mesyuarat Dewan Harian boleh diadakan untuk membuat     keputusan dalam perkara-perkara mustahak yang perlu             disegerakan atau mengikut keperluan Yang di Pertua

(YDP) dan Setiausaha Agung.

(2) :         Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dengan majoriti 2/3 (dua                pertiga) boleh       mempertikaikan keputusan Mesyuarat            Dewan Harian      secara bertulis sekiranya keputusan                tersebut melanggar perlembagaan KKDS atau           dikira tidak relevan.

(3) :         Korum mesyuarat adalah 2/3 (dua pertiga) daripada                 kalangan ahli Dewan Harian.

(4) :         Cara memutuskan resolusi di dalam mesyuarat Dewan             Harian adalah sepertimana fasal 42 (3).

Bab 07 : PEMILIHAN

Fasal 44 :              Jawatankuasa Pemilihan.

Perlantikan Jawatankuasa Pemilihan.

(1) :         Ahli Majlis Tertinggi hendaklah melantik seorang pengarah untuk menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh Muktamar Agung Tahunan (MAT) bermula.

(2) :         Pengarah Jawatankuasa Pemilihan mengikut keperluan hendaklah melantik ahli jawatankuasa bagi membantu tugas-tugasnya dan ahli jawatankuasa yang dilantik bukanlah terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi (AMT), Pemeriksa Kira-kira, Pengerusi Tetap dan Timbalannya.

(3) :         Perlantikan Jawatankuasa Pemilihan tidak disyaratkan dari kalangan ahli KKDS.

Fasal 45 :              Bidang Kuasa.

(1) :         Bidang kuasa ahli Jawatankuasa Pemilihan bermula dari tarikh perlantikan sehingga terbentuknya Ahli Majlis Tertinggi (AMT) pada sesi tersebut.

(2) :         Jawatankuasa Pemilihan berhak mengundi tetapi  tidak boleh diundi.

(3) :         Keputusan pemilihan hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan.

(4) :         Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

Fasal 46 :              Undang-undang Pemilihan.

(1) :         Pemilihan dijalankan secara undian sulit.

(2) :         Jawatankuasa Pemilihan hendaklah mengedar senarai ahli      KKDS untuk dicalonkan di dalam pemilihan sekurang-    kurangnya 2 (dua) minggu sebelum bermula Muktamar           Agung Tahunan (MAT).

(3) :         Senarai pencalonan yang terpilih hendaklah diedar kepada     seluruh ahli KKDS sekurang-kurangnya 3 (tiga) hari               sebelum bermulanya Muktamar Agung Tahunan (MAT).

(4) :         Calon berhak diundi lebih daripada 1 (satu) jawatan dan         keputusan akan dikira mengikut jawatan yang tertinggi.

(5) :         Jawatan-jawatan yang dipertandingkan adalah seperti             berikut   mengikut susunan jawatan yang tertinggi :

a)       Yang di Pertua (YDP).

b)       Ketua Dewan Helwi.

c)       13 (tiga belas) Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang terdiri daripada 7 (tujuh) orang lelaki dan 6 (enam) orang perempuan.

d)       Pemeriksa Kira-kira 1 dan 2 .

e)       Pengerusi Tetap dan Timbalannya.

(6) :         Calon lelaki hendaklah dipilih dan diundi oleh semua ahli        KKDS manakala calon helwi hendaklah dipilih oleh ahli      helwi sahaja.

(7) :         Syarat-syarat pemilihan bagi jawatan yang dipertandingkan   di dalam Muktamar Agung Tahunan (MAT) :

a)       Berstatus ahli rasmi KKDS.

b)       Berumur 15 (lima belas) tahun ke atas.

c)       Telah membayar yuran tahunan KKDS.

d)       Bukan daripada ahli Jawatankuasa Pemilihan.

e)       Bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) calon bukan dari kalangan exco Persatuan Pelajar Malaysia Syria.

f)        Bagi jawatan Yang di Pertua (YDP) dan Ketua Helwi, calon hendaklah menjadi ahli rasmi KKDS sekurang-kurangnya setahun.

(8) :         Calon yang ingin menarik diri daripada dipertandingkan           mestilah mengemukakan alasannya yang munasabah secara   bertulis dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemilihan.

Bab 08 : KEWANGAN

Fasal 47 :              Penyata Kewangan Tahunan.

(1) :         Penyata kewangan tahunan KKDS bermula dari awal pentadbiran sehingga 7 (tujuh) hari sebelum Muktamar Agung Tahunan (MAT) sesi berkenaan bermula.

Fasal 48 :              Sumber Kewangan.

(1) :         Sumber Kewangan KKDS adalah seperti berikut :

a)       Yuran pendaftaran.

b)       Yuran tahunan.

c)       Sumbangan dan derma.

d)       Sumber kewangan yang halal.

Fasal 50 :              Perbelanjaan Kewangan.

(1) :         Perbelanjaan kewangan bagi pentadbiran dan aktitivi yang hendak diluluskan untuk tempoh setahun, mestilah tidak melebihi dari 1/2 (satu perdua) daripada jumlah baki kewangan terakhir yang tersimpan di dalam akaun KKDS.

(2) :         Pengeluaran yang melebihi 1/2 (satu perdua) daripada jumlah baki kewangan terakhir yang tersimpan di dalam akaun KKDS, perlu mendapat persetujuan 2/3 (dua pertiga) daripada ahli KKDS.

(3) :         Pengeluaran wang melibatkan jumlah yang banyak mengikut kadar semasa perlu mendapat mendapat persetujuan Yang di Pertua (YDP) dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

(4) :         Ahli Majlis Tertinggi perlulah menetapkan had pengeluaran wang mengikut kadar semasa di dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) kali pertama setiap sesi.

(5) :         Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Yang di Pertua (YDP) dan Bendahari Agung atau Setiausaha Agung. Semasa ketiadaan Yang di Pertua (YDP), Bendahari Agung dan Setiausaha Agung, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) perlulah melantik sesiapa yang layak dikalangan mereka sebagai pengganti.

(6) :         Pengelolaan semua aset kewangan dan harta benda KKDS hendaklah tertakluk kepada budi bicara Yang di Pertua (YDP) dan Bendahari Agung.

Bab 09 : PENUBUHAN PEJABAT PENTADBIRAN

Fasal 51:               Perihal Pejabat

(1) :         Setiausaha Agung hendaklah mewujudkan sebuah pejabat di mana-mana tempat bersesuaian dan hendaklah dipersetujui oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) di dalam mesyuarat.

Bab 10 :                PERLEMBAGAAN

Fasal 52:               Tafsiran Perlembagaan

(1) :         Ahli Majlis Tertinggi (AMT) boleh memberi tafsirannya di dalam perlembagaan ini dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak termaktub di dalam perlembagaan ini, kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang dibuat dalam Muktamar Agung Tahunan (MAT).

(2) :         Keputusan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Muktamar Agung Tahunan (MAT).

Fasal 53:               Pindaan Perlembagaan.

(1) :         Perlembagaan ini atau sebarang bahagian daripadanya tidak boleh diubah, dipinda atau dimansuhkan kecuali di dalam Muktamar Agung Tahunan (MAT) atau Muktamar Agung Khas (MAK).

(2) :         Sebarang usul pindaan terhadap perlembagaan ini hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Agung sekurang-kurangnya 7 (tujuh) hari sebelum Muktamar Agung Tahunan (MAT) diadakan.

(3) :         Ahli Majlis Tertinggi (AMT) hendaklah melantik Jawatankuasa Penggubal sekurang-kurangnya 7 (tujuh) orang di dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi setelah usul pindaan diluluskan.

(4) :         Sebarang pindaan yang berlaku di dalam Muktamar Agung Tahunan (MAT) atau Muktamar Agung Khas (MAK) hendaklah dipersetujui tidak kurang daripada 2/3 (dua pertiga) ahli yang hadir dan pindaan tersebut berkuatkuasa serta merta setelah ia diluluskan.

(5) :         Salinan pindaan tersebut hendaklah disebarkan kepada ahli KKDS dalam tempoh 60 (enam puluh) hari dari tarikh pindaan tersebut diluluskan.

Bab 11 : PEMBUBARAN PERTUBUHAN

Fasal 54 :              Sebab-sebab Pembubaran

(1) :         Mesti mendapat persetujuan 2/3 (dua pertiga) ahli rasmi KKDS di dalam Mesyuarat Agung Khas yang dipanggil kerananya.

(2) :         Sebab-sebab lain yang difikirkan munasabah.

Fasal 55 :              Kaedah Pembubaran

(1) :         Segala hutang KKDS adalah dibawah tanggungjawab ahli.

(2) :         Ahli Majlis Tertinggi (AMT) hendaklah membentuk                                                   Ahli Jawatankuasa Khas Pemegang Amanah bagi                                                    memegang segala amanah harta benda KKDS.

(3) :         Segala harta benda KKDS hendaklah diamanahkan kepada                                  Ahli Jawatankuasa Pemegang Amanah selepas dibuat                                     perlantikan.

(4) :         Ahli Jawatankuasa Pemegang Amanah hendaklah                                                    menyerahkan segala harta benda yang diamanahkan kepada                                                 pertubuhan baru yang mempunyai dasar dan tujuan yang                                       sama dengan KKDS yang dibubarkan jika dibentuk.

Jika tidak, harta benda ini hendaklah didermakan kepada                                       pelajar Kedah yang berada di Syria atau kepada mana-                                  mana Yayasan Kebajikan di Syria.

(5) :         Kenyataan pembubaran tersebut hendaklah disampaikan                                       kepada ahli dalam masa 14 (empat belas) hari dari tarikh                                            pembubaran.


Dengan lulusnya penggubalan Perlembagaan KKDS ini dalam Mesyuarat Agung Khas yang telah diadakan pada hari selasa, 4 Ogos 2009, maka termansuhlah Perlembagaan KKDS yang telah diluluskan pada 20 Januari 2004.

Pengerusi                      : Zulfadli bin Yusof.

Timbalan                     : Abu Hasan bin Arifin.

Setiausaha                   : Mohd Affif bin Othman.

Ahli Jawatankuasa    : Hairul Faizal bin Isa.

: Ahmad Ubaidillah bin Abdullah.

: Mohamad Zahir bin Abdul Halim.

Pindaan perlembagaan KKDS ini adalah kali ketiga setelah Kertas Kerja Dasar KKDS diluluskan dalam Muktamar Agung Tahunan KKDS pada tahun 1996 :

Pindaan kali kedua     : 16 Januari 1998 bersamaan 18 Ramadhan 1418

Pindaan kali ketiga     : 20 Januari 2004 bersamaan

Pindaan kali keempat  :04 Ogos 2009 bersamaan

Cetakan 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: