Pengenalan KKDS

Photobucket

KELUARGA ANAK KEDAH SYRIA 2010

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

PENGENALAN


Keluarga Anak Kedah Syria atau singkatannya KKDS merupakan badan anak Negeri Kedah yang bernaung sepenuhnya dibawah Kerajaan Negeri Kedah dan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS). Ia ditubuhkan tanggal 27 Mac 1996. Pada ketika itu bilangan penuntut Kedah hanyalah sebilangan kecil sahaja. Tetapi dari masa ke semasa, jumlah penuntutnya semakin meningkat sehingga pada tahun 2009. Bilangan penuntut pada tahun ini seramai 98 orang, yang terdiri dari ahli tetap seramai 80 orang dan ahli bersekutu seramai 18 orang. Badan anak negeri ini ditubuhkan atas dasar membantu serta mengeratkan silaturrahim antara anak Negeri Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah.

MATLAMAT


Melahirkan mahasiswa islam yang berkebolehan dan berkeyakinan. KKDS merupakan antara perantaraan penting dalam penyaluran dakwah. Di samping menanam semangat cintakan ilmu dan merapatkan ukhuwah di kalangan ahli KKDS. KKDS juga berperanan membantu kebajikan anak Negeri Kedah dalam pelbagai bentuk sama ada dari segi pengurusan zakat, surat menyurat dan menyalurkan bantuan bagi mana-mana ahli yang tidak berkemampuan.

OBJEKTIF


1) Menjadikan ukhuwah di kalangan ahli KKDS sebagai satu landasan yang kukuh dalam mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli PPMS.
2) Memupuk kesedaran dalam menuntut ilmu serta galakan ke arah beramal.
3) Melahirkan ahli yang peka,kreatif,inovatif dan bervisi.
4) Mendedahkan pengetahuan am kepada ahli melalui aktiviti yang akan diadakan.
5) Menanam sikap kerjasama dalam apa jua gerak kerja yang akan dilakukan.

TEMA PENUBUHAN KKDS

“ILMU ASAS KEJAYAAN”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: