Warna-Warni Jaulah KKDS 2011

Oleh : Ahmad Lutfullah Yaakob.

26 Februari 2011, Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) telah mengadakan program ‘Sehari Bersama KKDS’ di luar Damsyik. Rehlah tersebut bukan sahaja tertumpu pada ahli KKDS sahaja malah di buka pada yang lain, bagi tujuan merapatkan lagi ukhuwah antara ahli KKDS dengan yang lain. Jumlah peserta yang mengikuti program seramai 96 orang termasuk bukan ahli KKDS yang dimuatkan dengan dua buah bas. Semua peserta berkumpul di rumah pentadbiran Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) tepat jam 1.30 pagi sabtu. Ahli rombongan bertolak tepat jam 1.45 pagi dan terus ke distinasi pertama iaitu jami’ Kholid al Walid, Homs. Kami tiba di jami’ Kholid al Walid jam 3.45 pagi dan terus ziarah makam Khalid al Walid sekaligus menunaikan solat subuh berjemaah. Selesai solat kami berkumpul dan bertolak ke destinasi yang kedua iaitu Ugarit tepat jam 6.00 pagi. Dalam perjalanan kami bersarapan dan diisi dengan sedikit pengisian di dalam bas. Setibanya kami di Ugarit jam 8.30 pagi suasana agak mendung. Kami semua diberi sedikit penerangan tentang sejarah Ugarit oleh Ustaz Luqmanulhakim yang mana ia merupakan sebuah Bandar yang paling tertua di dunia. Selepas itu kami diberi masa selama 2 jam untuk meneroka bandar tersebut. Peluang ini di ambil oleh ahli untuk bergambar dan mengenali sejarah ciptaan Ilahi yang Maha Agung. Semasa sedang nikmat menikmati keindahan alam kami dibasahi dengan hujan Rahmat yang rintik-rintik. Selepas 2 jam menziarahi Bandar Ugarit kami berhimpun untuk bertolak ke distinasi yang seterusnya. Kami bertolak ke qol’ah solahuddin pada jam 10.30 pagi. Disepanjang perjalanan pihak penganjur telah menjalankan program ‘Sehari Bersama KKDS’ di dalam bas. Program ini membentangkan tentang organisasi pimpinan baru KKDS sesi 2011, perancangan tahunan KKDS, dan perjalanan KKDS selama setahun. Program ini mendapat sambutan yang baik dari ahli KKDS dan sekaligus menjadikan suasana di dalam bas begitu ceria. Kami tiba di qal’ah Solahuddin jam 11.30 pagi dan terus menjamu selera dengan makan tengah hari. Setelah selesai makan kami mendaki bukit untuk masuk ke Qal’ah Solahuddin. Qal’ah ini merupakan 1 kubu yang agak susah untuk ditawan kerana kedudukannya yang stratigi, kedudukan yang betul-betul diatas bukit dan dikelilingnya ada sungai. Tetapi sehebat-hebat kubu tersebut akhirnya dapat ditawan juga oleh tentera muslimin yang diketuai oleh Salahuddin. Pada jam 3.00 petang kami semua mula bertolak ke Latakia. Setibanya kami di Latakia pada jam 4.00 petang cuaca agak mendung, kami terus menunaikan solat sebelum melancong di tepi pantai. Pantai latakia merupakan distinasi kami yang terakhir untuk hari ini. Setelah puas menikmati keindahan matahari terbenam, kami terus menunaikan solat magrib dan isya sebelum bertolak pulang. Pada jam 6.30 malam kami bertolak dan tiba di damsyik pada jam 10.30 malam. Dalam perjalanan pulang ternampak puas dirauk muka peserta yang mengikuti rehlah. Alhamdullillah program yang di rancang berjalan dengan lancar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: