Ucapan Dasar Yang Di-Pertua KKDS Sesi 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

 

Alhamdulillah, sedar atau tidak, tahun ini KKDS akan berumur 15 tahun pada tahun ini setelah ditubuhkan pada tanggal 27 mac 1996 bersamaan 7 zulkaedah 1416  (hari rabu). Samada disambut dengan sesuatu majlis atau tidak, seharusnya kita generasi yang baru ini melahirkan rasa syukur yang tinggi kepada Allah dan berterima kasih diatas jasa dan tapak yang telah diasaskan oleh generasi terdahulu lalu kita dapat meneruskan nikmat kesejahteraan ini.

 

KKDS ditubuhkan dengan matlamat memperjuangkan kebajikan anak-anak Kedah di Syria samada dengan mewujudkan budaya bantu membantu sesama ahli atau mengangkat masalah-masalah kebajikan yang dihadapi oleh pelajar kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab. Misi ini merupakan misi asas dan rutin yang mesti dilangsungkan oleh sesiapa sahaja yang menerajui KKDS. Malangnya, kesedaran dari kalangan ahli terhadap budaya peduli kepada rakan-rakan dilihat semakin terhakis dan hambar tahun-tahun kebelakangan ini. Oleh yang demikian, hari ini KKDS akan melancarkan semula beberapa projek kebajikan yang akan melibatkan semua ahli untuk sama-sama bertanggungjawab menjaga kebajikan rakan-rakan yang memerlukan.

 

Selain itu, adalah merupakan aspirasi KKDS untuk menjadi sebuah wadah yang akan melahirkan siswa siswi yang komprehensif dengan nilai-nilai pakej pendakwah dan pengislah sempurna yang diperlukan oleh masyarakat. Bukan sekadar menguasai ilmu dari sumber muktabar, tetapi dapat juga menguasai ilmu zaman. Justeru, KKDS tahun ini merancang untuk memperbanyakkan beberapa program nilai tambah sebagai bekalan yang mampu memenuhi aspirasi ini.

 

Atas aspirasi yang sama juga, KKDS tahun ini secara khusus mensasarkan usaha merembiskan upaya Helwi supaya peranan Helwi dapat disegar-bugarkan kembali. Kenyataan yang harus kita faham ialah ahli-ahli Helwi KKDS merupakan siswi-siswi yang ada kemampuan dan karisma, namun ironisnya Helwi KKDS sering dilihat lesu. Bukan sekadar itu, KKDS juga berhasrat agar ahli-ahli Helwi KKDS mampu menjadi generasi penerus kepada kepimpinan wanita yang diperlukan oleh masyarakat di negeri dan negara kita. Oleh itu, adalah menjadi harapan, semua pihak dapat memperkemaskan usaha-usaha yang lebih efektif dalam menjaga kebajikan helwi.

Akhirnya, seluruh Ahli Majlis Tertinggi KKDS yang terpilih dalam Muktamar Agung yang lepas merakamkan setinggi syukur kerana berpeluang mencurahkan bakti dalam menguruskan KKDS. Kami optimis dan percaya bahawa pemilihan ini adalah satu suara keyakinan dan harapan kepada kami untuk memimpin KKDS ke arah yang lebih baik. Justeru bantu dan berilah kerjasama kepada usaha-usaha kami. Harapan ahli yang mahukan KKDS lebih maju dan matang berdepan suasana baru di era hujung dekad pertama millennium ini pasti akan menjadi cabaran kepada kami untuk lebih progresif membina satu kumpulan pelajar yang mempun-

 

Azfar bin Abdullah

Yang Di-Pertua

Keluarga Anak Kedah Di Syria Sesi 2011.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: