Sepintas lalu dari Mesyuarat AMT

Oleh : Wartawan Kedahsyria.

27 Julai – Setelah semua program dibekukan sempena musim peperiksaan semenjak Mei lalu, Ahli Mesyuarat Tertinggi KKDS semalam telah pun bermesyuarat semula dalam merangka perjalanan dan aktiviti seterusnya selepas ini. Selain itu, mesyuarat semalam juga sempat diisi dengan sedikit muhasabah dalam menilai prestasi KKDS tahun ini.

Mesyuarat AMT kali ke 4 tersebut telah didedahkan dengan laporan kejayaan Lajnah Tarbiyah berhubung program Ziarah Mahabbah para pimpinan ke rumah-rumah ahli. Selain dapat bersua muka, lebih mengenali dan menyalurkan sumbangan kepada ahli, program tersebut juga telah berjaya mendapatkan sedikit sebanyak respon, pandangan dan kritikan akar umbi kepada kepimpinan KKDS demi meneruskan lagi kesinambungan KKDS dalam memacu usaha memperjuangkan kebajikan ahli dengan lebih efektif.

Yang Di Pertua KKDS, Ust Azfar bin Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat itu merakamkan rasa bangga dengan kejayaan program tersebut. Beliau memaklumkan bahawa sehingga sekarang hampir semua ahli kkds telah diziarahi.

“Program bertemu dengan ahli ini merupakan satu usaha penting untuk  mendapatkan penilaian terhadap prestasi pemimpin berkerja. Kita tahu di mana kelemahan dan kelebihan kita mengikut kaca mata ahli. Apabila program ini berjaya, ia bukan sahaja memudahkan kita menilai prestasi kita, malah kita juga secara tidak langsung dapat menggembleng semua ahli dalam berperanan membawa KKDS ke arah suatu matlamat yang dipersetujui bersama terutamanya melalui idea dan pandangan akar umbi yang kadang-kadang sering tidak diendahkan”, ujar beliau.

Selain itu, Yang Di Pertua KKDS itu juga memakumkan tentang permohonan biayaan yang telah dibuat semenjak awal tahun lalu masih belum diluluskan oleh Yayasan Islam Negeri Kedah. KKDS mengikutnya telah dua kali menyediakan proposal biayaan sepanjang tahun untuk sesi ini, namun sampai sekarang masih belum mendapat sebarang jawapan. Permohonan yang dibuat kali pertama difahamkan telah disalah pos oleh wakil KKDS yang pulang ke Malaysia hujung januari lalu. Namun menurutnya permohonan yang dikemukakan kali kedua telah disampaikan sendiri ke tangan Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah di dalam pertemuan ringkas beliau bersama YDP KKDS, YDP MPKJ dan Pegawai Penuntut Kedah Timur Tengah april lalu.

Walaupun begitu, beliau tetap melahirkan rasa yakin beliau bahawa permohonan yang dikemukakan itu akan dipertimbangkan oleh Yayasan Islam Negeri Kedah dengan wajarnya. Mengulas keyakinan beliau itu, Ust. Azfar menyatakan bahawa KKDS telah merujuk hal ini kepada Pejabat Pegawai Penuntut Kedah Timur Tengah di Mesir dan KKDS telah dimaklumkan tentang kemungkinan kelewatan kelulusan ini  disebabkan telah berlaku pertukaran jawatan Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mesyuarat AMT kali keempat ini juga telah meluluskan 3 program terdekat iaitu, Majlis Sambutan Pelajar Baru dan Kursus Intensif Nahu dan Muhadasah pada awal ogos depan, Liqa Mahabbah Ramadhan dan Iftar Jamaie, serta Program Rehlah , Hari Keluarga KKDS dan Kursus Kemahiran Komputer II yang dijangka akan dilangsungkan selepas Eidul Fitri nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: