ZIARAH CAHAYA MATA USTAZ NASBIR YUSOF

Bab Tuma, Jumaat  14 Mei 2010 : Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) telah mengadakan ziarah ke rumah ustaz Nasbir Yusof yang telah mendapat cahaya mata pada 9 Mei lalu. Ziarah telah disertai beberapa AMT KKDS, antaranya saudara Yusof Zakaria (Timbalan Yang Dipertua), saudara Mohammad Faiz Mohammad Ali (S.U Agung), saudara Mohamad Bilal Zain (Lajnah Kebajikan & Perpaduan) dan beberapa AMT KKDS yang lain. Turut menyertai ziarah ini ialah saudara Yusof Abdul Hamid (Pengerusi Ahli Lembaga  Disiplin KKDS) dan wakil dari PPMS saudara Nasrul Islam Darus (Biro Pembangunan Ekonomi). Manakala Yang Dipertua KKDS tidak dapat turut serta dan beliau telah pun menyampaikan salam dan tahniah melalui Timbalannya.

Ustaz Nasbir yang juga merupakan suami kepada salah seorang Ahli Lembaga Penasihat KKDS ustazah Mariam Jamilah Yusof mengucapkan jutaan terima kasih atas lawatan dan sumbangan yang diberikan oleh KKDS, beliau yang kali pertama mendapat cahaya mata mengucapkan rasa bersyukur kerana dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Nabila Munawwarah. Ziarah yang bermula pada jam 5 petang itu diakhiri dengan penyampaian sumbangan dari KKDS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: