Gabungan XPDC Ziarah Mahabbah peringkat Pimpinan KKDS & PPMS 2010 kali ke – 2

Oleh : Wartawan KKDS

Damascus, 1 Mei – Saat-saat  terakhir sebelum bermualanya peperiksaan bagi beberapa pusat pengajian  di Syria Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) sekali lagi mengadakan Ziarah Mahabbah (program ziarah ahli) kali kedua   anjuran Lajnah Tarbiah & Pembangunan Insan dengan kerjasama persatuan pelajar Malaysia Syria (PPMS).

Selepas  solat zohor rombongan berkumpul dihadapan  Abu Nour kemudian memulakan ziarah rumah pertama, rumah Muaz bin Hasan, disusuli  rumah Nazhim bin Abdul Rahman dan Aspura Ibnu A’rabi yangmana dua orang ahli KKDS menetap disitu, jam 6.00 petang rombongan tiba di rumah Ahmad Azam bin Adnan dan Hazman bin Hamzah sebagai destinasi terakhir.  Dalam ziarah ini KKDS membawa buah tangan berbentuk barang keperluan harian, manakala PPMS pula membawa cenderahati sebagai kenangan.

pada ziarah kali ini YDP Ust. Azfar bin Abdullah ditemani  timbalannya serta beberapa  orang  exco yang lain, turut serta dalam ziarah ini Exco Perpaduan sosial &Tugas Khas ust. Abdul Aziz bin Ahmed dan Exco Pembangunan Ekonomi ust. Mohd Nasrul Islam sebagai wakil PPMS. Pihak KKDS mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang memberi kerjasama dan selamat menjalani peperiksaan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: