Program XPDC Ziarah Mahabbah peringkat Pimpinan KKDS 2010.

Oleh : Wartawan KKDS

Damascus , 24 April 2010. Bertemakan “PIMPINAN TURUN PADANG” sebahagian daripada Ahli jawatankuasa Keluarga anak Kedah Syria (KKDS)  telah mengadakan beberapa siri Ziarah Mahabbah peringkat pimpinan yang diketuai oleh Yang Di Pertua Keluarga anak Kedah Syria , Saudara Azfar Abdullah. Antara yang menyertai program tersebut, Saudara Faiz (Setiausaha Agung KKDS), Saudara Hassan (Biro Penerangan) dan Saudara Bilal (Biro Kebajikan).

Sambutan yang diterima cukup memuaskan hati pengunjung yang hadir, interaksi dua hala wujud didalam menyampaikan mesej masing-masing. Peserta XPDC melahirkan rasa bangga diatas sikap keterbukaan ahli dalam membincangkan beberapa masaalah yang ditanggung oleh mereka. Pelbagai cadangan yang dititipkan untuk dibawa pulang oleh peserta XPDC sebagai “ole-ole” didalam memajukan organisasi.

Program seperti ini seringkali diadakan saban tahun, namun pelaksanaannya masih dilihat kurang memuaskan berikutan wujud masaalah pengurusan tugas yang tidak cekap. Pimpinan diharap dapat meneliti masaalah tersebut dan ahli pula diharapkan dapat memberi kerjasama dalam menyelesaikan masaalah yang dihadapi.

Hubungan diantara pimpinan dengan orang yang dipimpin boleh di ibaratkan  sebagai satu asset penting didalam proses menjaga kebajikan bersama, disamping mengeratkan lagi ukhuwah persaudaraan sesama muslim.

KKDS 2010 dengan tema “ORGANISASI BERKEBAJIKAN” berazam untuk sentiasa memperbaiki beberapa kesilapan yang telah berlaku saban tahun didalam perlaksanaan program ini.

Antara yang diziarahi:

  1. Rumah Syahidan Bin Abu Hanifah, Syed Mohd Rusydan Bin Syed Zainol Abidin dan Yunus Bin Hj Yusof .
  2. Rumah Muhammad Baihaqi Bin Abdullah dan Khairul Nizham Bin Mohd Said .
  3. Rumah Safwan Farid Bin Muhammad Fuad .
  4. Rumah Mohd Afif Bin Othman, Mohammad Fadhli Bin Mad Nor dan Mohd Zahir Bin Abdul Halim .

2 Responses so far »

  1. 1

    KKDS's Fun said,

    “Program seperti ini seringkali diadakan saban tahun, namun pelaksanaannya masih dilihat kurang memuaskan berikutan wujud masaalah pengurusan tugas yang tidak cekap”….
    ubah skit ayat ini…. kesian kat pimpinan2 lepas…


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: