Majlis Ramah Mesra KKDS Bersama Yb Abdullah Jusoh – Adun Pantai Merdeka

Oleh : Wartawan Kedahsyria

Keluarga Anak Kedah Di Syria (KKDS) Khamis lalu berpeluang bersemuka dan beramah mesra dengan Yang Berhormat Tuan Haji Abdullah bin Jusoh, Adun Pantai Merdeka, Kedah dalam kerangka ziarah beliau ke bumi Syria sebelum ke Mekah untuk mengerjakan umrah.

Majlis yang berlangsung di rumah pentadbiran PPMS itu menyaksikan para pelajar Malaysia dan Kedah terutamanya berpeluang merebut kesempatan mendapatkan penjelasan langsung daripada beliau berhubung isu-isu negeri dan negara mutakhir ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah selama 2 penggal dalam ucapannya telah mengemukakan pelbagai cabaran yang bakal dihadapi oleh para pelajar supaya mereka bersedia menyiapkan bekalan yang secukupnya untuk pulang ke tanahair.

“Sekarang anak-anak semua harus mengutamakan pelajaran kerana masyarakat di tanahair amat mendahagakan pendidikan islam.” Pesan beliau.

Tambah beliau lagi, “ Kerajaan Negeri sekarang amat mementingkan penerapan akhlak dan ilmu Islam di kalangan rakyat negeri. Oleh itu kita amat memerlukan ramai tenaga dakwah yang berkelayakan untuk mengimarahkan majlis-majlis ilmu di kalangan masyarakat”

“Sebab itulah kerajaan negeri sekarang amat mengambil berat terhadap perkembangan anak-anak Kedah yang belajar di Timur Tengah khususnya di Syria, Jordan dan Mesir” Ulas beliau.

Bekas exco pendidikan Kerajaan Negeri Kedah itu juga mengingatkan bahawa dunia realiti dalam perjuangan selalunya berbeza dari imaginasi para pelajar dalam dunia kampus mereka.

Para pelajar diingatkan supaya tidak hanya bersemangat ketika berada dalam dunia kampus, tetapi harus meneruskan semangat itu sehinggalah ke dalam dunia realiti selepas mereka tamat belajar.

Selain itu, beliau amat mengharap KKDS dapat berperanan melahirkan lepasan-lepasan Syria yang mampu bergerak memacu keperluan masyarakat.

Beliau dalam ucapannya turut menimbulkan persoalan kekurangan tenaga penggerak dakwah.

“ Berapa ribu orang lepasan pengajian Islam setiap tahun samada dari timur tengah atau pun dalam negeri, namun dalam arena dakwah Negara tetap  berlaku kekurangan tenaga kerja yang ketara” Ujar beliau yang turut ditemani isteri dan beberapa orang ahli rombongan ke majlis tersebut.

Dalam majlis yang sama, YDP KKDS, Azfar bin Abdullah merakamkan jutaan terimakasih di atas kunjungan Adun Pantai Merdeka itu meluangkan masa bertemu dan bersama dengan anak-anak Malaysia di Syria.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: