KURSUS INTEGRITI KEPIMPINAN DAN BINA INSAN PELAJAR KEDAH SYRIA DAN JORDAN 2010

Oleh : Fanaa86

Damascus, 30 Mac 2010 : Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dengan kerjasama  Yayasan Islam Negeri Kedah Darul Aman (YIKED), Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN), Pejabat Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah, Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) dan Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ) telah menganjurkan Kursus Integriti Kepimpinan dan Bina Insan 2010 di Hotel Four Season Syria selama dua hari dua malam. Kursus yang berlangsung dengan jayanya itu disertai seramai hampir lima puluh peserta dari pelajar Kedah di Syria dan Jordan.

Antara yang hadir untuk memberi ceramah slot ialah Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah Dato’ syeikh Uzir Haji Baharom, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar Dato’ Haji Khazali Haji Din dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Dato’ Andika Raja Dato’ Wira Haji Mohd Zain Osman. Tujuan kursus ini diadakan ialah bagi meningkatkan kemahiran komunikasi secara berkesan serta melatih peserta berfikir secara kritikal agar peserta berupaya berfikir serta menganalisa isu-isu secara rasional, kreatif dan logik. Ia juga bertujuan untuk mendidik peserta agar memahami dan menerima amalan etika profesional sebagai piawaian untuk tingkah laku yang cemerlang dan memberi kemahiran kepada peserta untuk memimpin diri dan organisasi dalam persekitaran yang mencabar, di dalam masa yang sama mendorong peserta agar dapat menerima perubahan secara kritikal dan inovatif dalam sebarang situasi dan membentuk peserta supaya mampu merangka perancangan pembangunan diri dalam menghadapi cabaran yang mendatang dalam era globalisasi dan tidak ketinggalan memberi input-input kepada peserta berkaitan dasar-dasar kerajaan yang terkini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah Dato’ syeikh Uzir Haji Baharom

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar Dato’ Haji Khazali Haji Din

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Dato’ Andika Raja Dato’ Wira Haji Mohd Zain Osman

Di dalam kursus yang berlangsung selama dua hari dua malam itu turut diadakan bengkel yang dihasilkan dari enam kumpulan gabungan pelajar Kedah Syria dan Jordan. Di dalam bengkel tersebut setiap kumpulan diminta untuk membentangkan beberapa tajuk antaranya tajuk berkenaan tema “KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA”. Dato’ Haji Khazali di dalam ucapan penggulungannya menyatakan rasa kagum dan amat berpuas hati dengan setiap pembentangan, beliau memberitahu bahawa setiap pembentangan dan cadangan yang dibentangkan sebenarnya perlu direalisasikan sendiri oleh pembentang pada suatu masa nanti, bukan hanya bijak mencadang dan memberi komentar, tetapi harus bijak melaksanakannya dengan perancangan yang baik dan perlu bermula dari sekarang. Kursus diakhiri dengan sesi penyerahan sijil penyertaan dan sesi bergambar pada jam 11.45 malam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: