PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN 4 HALA KALI PERTAMA KKDS, MPKJ, YINK DAN PEGAWAI PELAJAR KEDAH TIMUR TENGAH

Oleh : Fanaa86

Damascus, Khamis 01 april 2010 : Keluarga Anak Kedah Syria( KKDS) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan empat hala bersama Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ), Yayasan Islam Negeri Kedah Darul Aman (YINK) dan Pejabat Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah di hotel Four Season Damascus. KKDS telah diwakili oleh Yang Dipertua saudara Azfar Abdullah dan Setiausaha Agung Mohammad Faiz Ali, manakala MPKJ diwakili oleh saudara Mohd Qayyim Abd Halim selaku Yang Dipertua, YINK pula diwakili oleh Pengurus Besar Yayasan Tuan Haji Mohd Zohdi Haji Saad dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah diwakili oleh Syeikh Yusof Ahmad. Pertemuan dan perbincangan diantara empat buah organisasi ini adalah kali pertama dan julungkali diadakan.

Di dalam perbincangan yang berlangsung selama 30 minit itu beberapa perkara telah ditekankan oleh Tuan Haji Zohdi, antaranya beliau menekankan kepada KKDS dan MPKJ agar tidak menjadikan badan kebajikan pelajar dan persatuan pelajar sebagai tempat untuk berpolitik, ini kerana badan kebajikan pelajar dan persatuan pelajar ialah bertanggungjawab untuk memberi kebajikan kepada ahli dan pelajar tanpa mengira apa pun fahaman politik mereka dan bukanlah persatuan ini sebuah badan atau parti politik, tidak salah untuk mana-mana ahli ingin berpegang dengan mana-mana fahaman politik, tetapi janganlah menyalahgunakan persatuan itu sebagai tempat untuk berpolitik jelas beliau, beliau turut memuji persatuan pelajar di Syria dan Jordan kerana tidak menyalahgunakan persatuan seperti  yang berlaku di tempat lain dan berharap keadaan seperti ini akan terus berkekalan.

Di dalam perbincangan ini juga Syeikh Yusof menekankan betapa pentingnya bagi persatuan untuk menjaga hubungan baik di antara pihak kedutaan Malaysia dan pihak Jabatan Penuntut Malaysia, ini kerana mereka memerlukan kita dan dalam masa yang sama kita juga memerlukan mereka di dalam beberapa urusan yang melibatkan keselamatan dan kemudahan pelajar. Selepas selesai perbincangan, pertemuan diteruskan dengan sesi penyerahan dan pertukaran dokumen-dokumen penting seperti kertas kerja, laporan tahunan dan maklumat berkenaan persatuan. Pada sesi tersebut Tuan Haji Zohdi memberitahu bahawa pihak Yayasan Islam sentiasa bersedia membantu KKDS dan MPKJ di dalam apa jua bentuk bantuan terutama bantuan kewangan. Di dalam pertemuan tersebut KKDS dan MPKJ masing-masing menerima sumbangan bantuan dan peruntukan dari pihak Yayasan Islam. Pertemuan berakhir dengan menyaksikan permulaan hubungan dan  kerjasama dua hala di antara KKDS dan MPKJ yang mana sebelum ini tidak dapat dilaksanakan, kedua-dua Yang Dipertua berharap agar kerjasama yang julungkali diadakan ini akan dapat diteruskan sehingga ke generasi yang seterusnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: