KKDS BERSEPAKAT KUKUHKAN PPMS

Oleh : Wartawan KKDS

Ahad, 21 Mac 2010: Satu pertemuan antara Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) dan seluruh Badan Kebajikan Anak Negeri (Bakan) di syria telah berjaya diadakan di rumah pentadbiran PPMS di Mujtahid dalam usaha menyelaraskan taqwim dan program sepanjang tahun ini.

Pertemuan yang merupakan kali kedua tersebut selepas pernah  diadakan pada januari lalu turut menyaksikan satu ikatan perjanjian kebersamaan telah ditandatangai oleh semua Ydp bakan sebagai memperbaharui MoU antara bakan dengan PPMS.

Januari lalu, satu pertemuan telah berjaya mengikat persetujuan antara semua bakan untuk membantu PPMS selain telah berjaya mewujudkan gerakerja bersistemkan zon.

Pertemuan yang berlangsung hampir 3 jam itu disertai oleh kesemua 8 Bakan di seluruh Syria iaitu Kedah (KKDS), Selangor (Bkass), Perak (Bkpps), Terengganu (KPTS), Negeri Sembilan ( Isins), Pulau Pinang (IPP) , Kelantan (Hukamak) dan Pahang ().

“ KKDS ucapkan syabas dan tahniah kepada PPMS kerana berjaya anjurkan himpunan seperti ini yang sememangnya amat perlu untuk memupuk kesatuan dan kesefahaman yang jitu antara semua pihak dalam menyuburkan toleransi dan perpaduan.” Kata Ydp KKDS, Azfar Abdullah yang mengetuai delegasi KKDS seramai 4 orang ke pertemuan tersebut.

Selain daripada  Ydp, KKDS turut menghantar Setiausaha Agung, Ketua Helwi dan Pengerusi Lembaga Penasihat ke majlis tersebut.

Pertemuan yang turut dihadiri oleh Presiden PPMS, Ust Nasruddin Noori itu antara lain turut memuatkan agenda muhasabah prestasi dan gerakerja bersama.

KKDS dalam pertemuan tersebut antaranya telah mencadangkan supaya satu penyeragaman dan penyelarasan etika dan tatatertib antara semua bakan dengan PPMS dapat diwujudkan.

“ Sehingga kini kita bingung siapa yang lebih layak untuk mengambil tindakan kepada pesalah tatatertib. Sebelum ini Bakan beranggapan PPMS lebih layak untuk mengambil tindakan sedangkan PPMS pula menganggap Bakan lebih layak mengambil tindakan kepada ahlinya.  Budaya tolak menolak yang berpanjangan itu menyebabkan kes  salah laku tatatertib terus bertambah.” Kata Ydp KKDS.

Sehubungan dengan itu, satu pertemuan antara semua lembaga tatatertib Bakan dan PPMS akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincangkan isu-isu berkaitan selain merangka penyeragaman dan penyelarasan tatatertib.

Dalam perkembangan yang sama, KKDS turut menggesa PPMS mengeluarkan pendiriannya terhadap isu safar mar’ah selain meminta satu prosedur yang jelas dalam memohon izin safar dikeluarkan kepada ahli terutamanya akhawat.

Selain itu, KKDS juga meminta agar PPMS mengkaji supaya  hanya satu pihak sahaja yang berkuasa untuk memberikan izin safar agar kes-kes ahli terutamanya akhawat yang bermusafir tanpa pengetahuan PPMS dapat ditangani.

Pertemuan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PPMS, Mujahid Mokhtar itu dirangka akan berlangsung sebanyak 4 kali sepanjang tahun ini dan tarikh terdekat selepas ini ialah Julai depan.

Ydp KKDS ketika ditemui di akhir majlis tersebut merakamkan tahniah kepada PPMS di atas kejayaan menghimpun semua pimpinan bakan untuk membedah permasalahan yang berlaku dalam PPMS.

Beliau turut menyatakan perasaan bangganya terhadap komitmen semua ydp dan pimpinan yang hadir dalam majlis tersebut.

“ Pertemuan hari ini merupakan satu kejayaan besar PPMS dalam usaha menggembleng semua tenaga dalam kesepakatan memacu arah PPMS. Pertemuan yang berlangsung dengan matang dan harmoni seperti hari ini menunjukkan sikap professional semua pimpinan yang hadir.” Ujar beliau.

Tambah beliau lagi “ perbincangan seperti hari ini mesti diteruskan dan dikerapkan. Kita datang mewakili kumpulan yang berbeza namun hakikatnya kita bersatu untuk mengukuhkan persefahaman dan penyatuan pelajar-pelajar Malaysia di Syria.”

1 Response so far »

  1. 1

    perantau said,

    tahniah KKDS….. KEDAH SEJAHTERA…KKDS PUN SEJAHTERA…
    beh bila nak balik?


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: