KKDS TUBUH JAWATANKUASA KHAS TUNTUT HUTANG

Oleh : Wartawan KKDS.

Mesyuarat AMT kali ke3 Khamis lalu telah bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk mengkaji tindakan yang perlu diambil kepada penghutang yang masih enggan membuat bayaran.

Jawatankuasa Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Yang Di Pertua KKDS, Azfar Abdullah. Turut menganggotai jawatankuasa tersebut ialah Pengerusi Lembaga Penasihat, Zahir Abdul Halim, Pengerusi Lembaga Tatatertib, Mohd Yusof Abd Hamid dan 2 orang anggota AMT iaitu Bilal Mohd Zain  dan Ahmad Lutfullah Yaakob yang juga Bendahari Agung KKDS.

Jawatankuasa Khas ini ditubuhkan berikutan isu hutang biaya jaket untuk pimpinan sesi 2008 yang lalu.

Pada sesi 2008 yang lalu, AMT KKDS yang dipimpin oleh Ust Abu Hasan Arifin telah bersetuju mengeluarkan sejumlah wang atas nama hutang untuk membiayai projek membuat Jaket AMT ketika itu.

Berikutan perbelanjaan atas nama hutang tersebut, Mesyuarat Agung 2008 dan 2009 yang lalu menjadi agak panas bila ahli meminta penjelasan dan menuntut supaya bayaran segera dibuat.

Namun sehingga sekarang masih belum ada bayaran yang dibuat oleh penghutang-penghutang tersebut.

Saudara Zahir Abdul Halim, Pengerusi Lembaga Penasihat ketika diminta mengulas isu ini menjelaskan bahawa sepanjang sesi tahun lalu, 3 surat tuntutan hutang telah dikeluarkan kepada semua penghutang tersebut, namun KKDS belum menerima maklum balas yang sihat dari mereka.

“ Sehingga hari ini, tidak ada satu jaminan yang pasti dari semua penghutang tersebut akan membuat bayaran, malah masalah ini menjadi semakin rumit ekoran ramai dari mereka telah pun pulang ke Malaysia” ulas beliau yang juga Mantan YDP KKDS.

Yang Di Pertua, Azfar Abdullah pula ketika ditanya keperluan penubuhan Jawatankuasa Khas ini berkata “ Hutang ini merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap pimpinan. Isu ini sudah memakan masa hampir 2 tahun. Kita bimbang sekiranya ia tidak diselesaikan segera, isu hutang ini akan terus sepi.”

“KKDS telah mengeluarkan 4 surat, masing-masing 3 tahun lalu dan satu tahun ini untuk menggesa mereka yang berkenaan membuat bayaran namun ia tidak berhasil. Justeru, KKDS memikirkan satu tindakan yang lebih serius dan tertumpu harus dilakukan” tambah beliau.

Mengulas ura-ura yang mengatakan pihak terbabit tidak akan membayar hutang tersebut sehinggalah mereka menerima jaket yang dijanjikan, Azfar Abdullah sekali lagi menegaskan Jawatankuasa Khas yang baru ditubuhkan ini akan mengkaji dengan teliti cara menuntut hutang tersebut selain mengkaji untuk mengambil tindakan yang perlu dalam mengatasi isu ini.

“ Kita tidak peduli bagaimana mereka membelanjakan duit tersebut. Samada mereka menerima atau tidak jaket bukan urusan kita. Apa yang penting, sejumlah wang telah dikeluarkan atas nama hutang dan mereka harus bertanggungjawab menyelesaikan segera hutang tersebut” tegas beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: