KKDS PERKUKUHKAN USAHA MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN AHLI

Oleh : Wartawan KKDS.

18 mac, Bertempat di Rumah Pentadbiran PPMS, Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi KKDS kali ke-3 telah berjaya dijalankan dengan baik. Beberapa program terdekat seperti Kursus Pengurusan (kerjasama dengan Kerajaan Negeri), Nadwah Kesedaran Ummah dan Kursus-kursus nilai tambah lain telah pun diluluskan.

Yang Di Pertua KKDS, Azfar Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat tersebut merakamkan rasa syukurnya kerana 3 bulan pertama sesi pentadbiran 2010 ini, KKDS merupakan bakan yang paling aktif dan lebih tersusun gerakerjanya.

Dalam kenyataannya kepada blog ini, beliau berkata “suku tahun pertama pentadbiran sesi ini menunjukkan satu perkembangan yang sihat kepada KKDS. Selepas muktamar awal disember lalu sehingga awal bulan ini, semua gerakerja dan aktiviti KKDS hampir mencapai 70 peratus kejayaan mengikut rancangan awal.”

Dalam satu kajian yang dibuat dibawah peranan Lembaga Penasihat menunjukkan penambahan minat ahli untuk bersama dengan aktiviti KKDS juga meningkat.

Ketika ditanya oleh wartawan blog berhubung dana KKDS, beliau berkata “ Dana KKDS adalah stabil sehingga kini. Dana KKDS selama ini amat bergantung kepada pihak-pihak berwajib seperti Yayasan Islam Negeri. Untuk sesi 2010 ini, kita telah menghantar kertas kerja biaya aktiviti dan pentadbiran KKDS. Namun sehingga hari ini (ketika laporan ini ditulis), kita masih belum menerima sebarang jawapan. InsyaAllah, mungkin kehadiran pegawai pelajar Kedah di Mesir hujung bulan ini akan membawa tersebut peruntukan kepada KKDS.”

Tambah beliau lagi “Apa pun yang berlaku, AMT telah merancang agenda-agenda perlu untuk memastikan kedudukan kewangan KKDS sentiasa stabil. Antaranya ialah memperkemaskan sistem kutipan yuran, projek ekonomi di bawah lajnah tugas-tugas khas dan sumbangan orang ramai.”

Mesyuarat yang berlangsung hampir 1 jam setengah itu antara lain telah bersetuju untuk menggiatkan kutipan untuk  Tabung Kebajikan demi kepentingan bersama.

Lajnah Kebajikan dalam laporannya juga telah pun menyiapkan borang kaji selidik untuk mengenalpasti status keperluan setiap ahli. Borang kaji selidik tersebut akan digerakkan segera.

Dalam perkembangan yang sama, Timbalan YDP, Mohd Yusof Zakaria telah diamanahkan untuk menguruskan agenda Pemimpin bertemu Ahli dalam memastikan kebajikan ahli dalam pelbagai aspek lain terjamin.

Beliau yang juga ketua Lajnah Tarbiyah dan Pembangunan Insan akan memastikan semua AMT dapat bertemu dan menziarahi setiap ahli demi mengeratkan lagi hubungan pemimpin dengan ahli biasa di samping ia juga bertujuan mendengar langsung aduan, kritikan dan harapan ahli kepada KKDS.

Lajnah Tarbiyah dan Pembangunan Insan juga berharap program ziarah ini mampu memupuk kesedaran dan menyemai perpaduan yang lebih erat di kalangan ahli KKDS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: