KKDS DAPAT KETUA HELWI BARU

Oleh : Wartawan KKDS.

Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi kali ke3, khamis 18 mac 2010 telah sebulat suara bersetuju melantik saudari Fatimah Yusof sebagai Ketua Helwi yang baru mengisi jawatan tersebut yang telah kosong semenjak januari lalu.

Beliau melahirkan rasa syukur diatas kepercayaan dan mandat yang diberikan oleh AMT sesi ini seraya berjanji akan memberikan komitmen yang baik dan akan berusaha mendokong segala perancangan serta dasar yang telah diputuskan.

Jawatan ketua Helwi telah diputuskan kosong secara rasmi dalam Mesyuarat AMT 14 Januari lalu berikutan perletakan jawatan oleh saudari Syukriya Othman yang telah terlantik selepas menang sebagai Ketua Helwi dalam pemilihan awal Disember tahun lalu.

Dengan perlantikan ini, KKDS dilihat mampu untuk meneruskan agenda memperkukuhakan Helwi yang sememangnya menjadi salah satu misi penting sesi pentadbiran tahun ini. Sebelum ini, misi tersebut dilihat terhalang berikutan krisis kepimpinan yang berlaku di kalangan Helwi KKDS.

Yang Di Pertua KKDS, Azfar Abdullah turut mengambil kesempatan merakamkan syukur dan terimakasih beliau di atas penerimaan dan kesanggupan saudari Fatimah Yusof untuk memikul tanggungjawab membela kebajikan ahli dan mengemudi Helwi seiringan harapan KKDS.

Dalam ulasannya, beliau turut menambah bahawa Proses seumpama ini merupakan proses biasa yang diakui oleh perlembagaan KKDS. Sebarang kekosongan jawatan tertinggi mesti diisi.

“Mungkin hikmahnya bila ketua helwi sebelum ini meletakkan jawatan, Allah menghendaki suatu proses penapisan untuk mendapatkan khidmat mereka yang lebih baik menguruskan KKDS. Ini juga menunjukkan bahawa KKDS masih mempunyai ramai pelapis pimpinan yang mampu ditonjolkan” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: