Sehari Bersama KKDS Memupuk Kesedaran Ahli

Oleh: wartawan kedahsyria wordpress.

12 February, Mujtahid: setelah lebih sebulan dipilih memimpin Keluarga Anak Kedah di Syria (KKDS), Seluruh Ahli Majlis Tertinggi dan ahli dapat bersama-sama duduk berbicang dalam merangka dan memastikan KKDS senitasa berada di landasan yang betul.

Program yang bertujuan membina sillaturrrahim selain membuat penilaian awal terhadap kepimpinan KKDS itu dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat saudara Zahir Abdul Halim seterusnya disusuli dengan ucaptama yang disampaikan oleh Yang Di Pertua KKDS, saudara Azfar Abdullah dan diakhiri dengan majlis dialog.

Dalam ucaptama yang bertajuk “Prihatin, Progresif, Komprehensif”, saudara YDP telah membangkitkan persoalan dan krisis ummat supaya siswa siswi Islam Kedah prihatin terhadap keadaan ummat Islam ketika ini seterusnya memikirkan tindakan yang harus diambil sebagai menyahut seruan ‘ummat kita tanggungjawab kita’.

“Para penggerak dakwah perlu membawa misi Rahmatan lil alamin dalam menyelesaikan segala isu-isu dunia dan alam hari ini” ujar beliau.

“Hidup dengan dasar iman dan budaya amar makruf nahi mungkar harus dihidupkan semula dalam membina masyarakat khaira ummah’ tambah beliau.

Beliau juga mengharapakan para pelajar islam hari ini dapat meneroka medium-medium baru dalam dakwah dan tidak hanya terikat dengan aktiviti-aktiviti warisan semata-mata, malah beliau merangsang setiap anak Kedah di Syria mula berjinak-jinak dengan blog yang merupakan media alternative yang mampu memberi faedah kepada masyarakat.

Dalam pada itu, beliau turut merasmikan laman baru blog KKDS dan memuji tindakan Lajanah Penerangan dan Perhubungan kerana memindahkan blog dari tapak blogspot ke wordpress kerana masalah pentadbiran blogspot yang sukar di Syria.

Antara misi KKDS pada tahun ini ialah memperbanyakkan program-program nilai tambah sebagai bekalan dalam melengkapkan pakej pendakwah yang sempurna, dan secara khusus merangka misi untuk meningkatkan upaya Helwi di samping menyediakan pimpinan-pimpinan pelapis di peringkat Helwi.

Di akhir ucapannya, beliau mengharapkan KKDS mampu menjadi wadah penyatuan Ummat terutamanya di kalangan anak-anak Kedah di Syria. Beliau turut menyatakan hasrat KKDS untuk bersama-sama memikul tanggungjawab melahirkan warga Kedah Sejahtera.

Di dalam perkembangan yang sama, YDP turut melancarkan beberapa projek kebajikan KKDS pada tahun ini yang merangkumi Tabung Kebajikan, Skuad Gerak dan Pusat-pusat Aduan KKDS dalam memastikan kebajikan ahli dapat disalurkan secara langsung serta segala aduan dapat diambil tindakan pantas.

Di akhir majlis, satu dialog ringkas berkenaan hala tuju dan perancangan KKDS sempat diadakan. Dialog ini berjaya menarik perhatian ahli-ahli dalam memberi pandangan di samping mendapatkan penjelasan oleh pihak pimpinan. Dialog yang memakan masa hampir sejam itu berjaya dijalankan dengan semangat ukhuwwah.

Seorang ahli KKDS, Firdaus Ibrahim melahirkan rasa bangga dengan perancangan yang telah dirangka oleh KKDS dan mengharapkan beberapa kelemahan terutamanya dalam sistem saluran maklumat dan iklan kepada ahli dapat diperbaiki.

Bagi Setiausaha Agung, Faiz Ali pula, ketika ditemui wakil blog, melahirkan rasa syukur diatas keprihatinan ahli yang hadir dan terlibat dengan dialog dalam majlis tersebut. Namun beliau masih mengharapkan penyertaan yang lebih memberangsangkan dari semua ahli memandangkan kehadiran ahli masih berada di tahap yang kurang memuaskan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: