Warna-Warni Jaulah KKDS 2011

Oleh : Ahmad Lutfullah Yaakob.

26 Februari 2011, Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) telah mengadakan program ‘Sehari Bersama KKDS’ di luar Damsyik. Rehlah tersebut bukan sahaja tertumpu pada ahli KKDS sahaja malah di buka pada yang lain, bagi tujuan merapatkan lagi ukhuwah antara ahli KKDS dengan yang lain. Jumlah peserta yang mengikuti program seramai 96 orang termasuk bukan ahli KKDS yang dimuatkan dengan dua buah bas. Semua peserta berkumpul di rumah pentadbiran Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) tepat jam 1.30 pagi sabtu. Ahli rombongan bertolak tepat jam 1.45 pagi dan terus ke distinasi pertama iaitu jami’ Kholid al Walid, Homs. Kami tiba di jami’ Kholid al Walid jam 3.45 pagi dan terus ziarah makam Khalid al Walid sekaligus menunaikan solat subuh berjemaah. Selesai solat kami berkumpul dan bertolak ke destinasi yang kedua iaitu Ugarit tepat jam 6.00 pagi. Dalam perjalanan kami bersarapan dan diisi dengan sedikit pengisian di dalam bas. Setibanya kami di Ugarit jam 8.30 pagi suasana agak mendung. Kami semua diberi sedikit penerangan tentang sejarah Ugarit oleh Ustaz Luqmanulhakim yang mana ia merupakan sebuah Bandar yang paling tertua di dunia. Selepas itu kami diberi masa selama 2 jam untuk meneroka bandar tersebut. Peluang ini di ambil oleh ahli untuk bergambar dan mengenali sejarah ciptaan Ilahi yang Maha Agung. Semasa sedang nikmat menikmati keindahan alam kami dibasahi dengan hujan Rahmat yang rintik-rintik. Selepas 2 jam menziarahi Bandar Ugarit kami berhimpun untuk bertolak ke distinasi yang seterusnya. Kami bertolak ke qol’ah solahuddin pada jam 10.30 pagi. Disepanjang perjalanan pihak penganjur telah menjalankan program ‘Sehari Bersama KKDS’ di dalam bas. Program ini membentangkan tentang organisasi pimpinan baru KKDS sesi 2011, perancangan tahunan KKDS, dan perjalanan KKDS selama setahun. Program ini mendapat sambutan yang baik dari ahli KKDS dan sekaligus menjadikan suasana di dalam bas begitu ceria. Kami tiba di qal’ah Solahuddin jam 11.30 pagi dan terus menjamu selera dengan makan tengah hari. Setelah selesai makan kami mendaki bukit untuk masuk ke Qal’ah Solahuddin. Qal’ah ini merupakan 1 kubu yang agak susah untuk ditawan kerana kedudukannya yang stratigi, kedudukan yang betul-betul diatas bukit dan dikelilingnya ada sungai. Tetapi sehebat-hebat kubu tersebut akhirnya dapat ditawan juga oleh tentera muslimin yang diketuai oleh Salahuddin. Pada jam 3.00 petang kami semua mula bertolak ke Latakia. Setibanya kami di Latakia pada jam 4.00 petang cuaca agak mendung, kami terus menunaikan solat sebelum melancong di tepi pantai. Pantai latakia merupakan distinasi kami yang terakhir untuk hari ini. Setelah puas menikmati keindahan matahari terbenam, kami terus menunaikan solat magrib dan isya sebelum bertolak pulang. Pada jam 6.30 malam kami bertolak dan tiba di damsyik pada jam 10.30 malam. Dalam perjalanan pulang ternampak puas dirauk muka peserta yang mengikuti rehlah. Alhamdullillah program yang di rancang berjalan dengan lancar.

Leave a comment »

Gambar di Uqarit

Permandangan Bandar Kuno Ugarit yang tertua di dunia

Pintu Utama Masuk Ke Istana Ugarit

Kesan bangunan lama yang di masih kekal

Peserta rombongan sedang bergambar di pintu masuk ke istana

Hafsah jugak tidak melepaskan peluang untuk melihat bandar ugarit yg penuh bersejarah itu.

Macamana depa bina bandar ugarit nie dulu ya….?

2 org jejaka sedang bertukar pendapat tentang apa mereka dapat  di ugarit

Muaz hasan yang sedang tekun membaca sejarah ringkas tentang ugarit

Kalau kita lihat dalam peta nie besar sungguh Ugarit rupanya….. aku pon x tau nak mula kot dulu..

dengaq sini org2 kampung! ha.. nia peta untuk melawat bandar uqarit

Ni la juru gambar kami sepanjang program rehlah KKDS.

Leave a comment »

Qal’ah Salahuddin al-Ayubi

Qal’ah Salahuddin

Bukit yang di belah dgn tangan

Pintu Utama masuk ke Qal’ah

Peserta rombangan sedang bergambar di salah satu menara kawalan qal’ah

Abg. ali melambaikan tangan tanda rasa gembira dapat naik ke salah satu menara kawalan qal’ah

para peserta megukil senyuman tanda rasa puas hati dapat naik ke menara kawalan qal’ah

Permandangan dalam qal’ah

Permandang di dalam qal’ah dari atas

 

Latakia

Bergambar di tepi pantai Latakia

Leave a comment »

Iklan

Leave a comment »

Ucapan Dasar Yang Di-Pertua KKDS Sesi 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

 

Alhamdulillah, sedar atau tidak, tahun ini KKDS akan berumur 15 tahun pada tahun ini setelah ditubuhkan pada tanggal 27 mac 1996 bersamaan 7 zulkaedah 1416  (hari rabu). Samada disambut dengan sesuatu majlis atau tidak, seharusnya kita generasi yang baru ini melahirkan rasa syukur yang tinggi kepada Allah dan berterima kasih diatas jasa dan tapak yang telah diasaskan oleh generasi terdahulu lalu kita dapat meneruskan nikmat kesejahteraan ini.

 

KKDS ditubuhkan dengan matlamat memperjuangkan kebajikan anak-anak Kedah di Syria samada dengan mewujudkan budaya bantu membantu sesama ahli atau mengangkat masalah-masalah kebajikan yang dihadapi oleh pelajar kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab. Misi ini merupakan misi asas dan rutin yang mesti dilangsungkan oleh sesiapa sahaja yang menerajui KKDS. Malangnya, kesedaran dari kalangan ahli terhadap budaya peduli kepada rakan-rakan dilihat semakin terhakis dan hambar tahun-tahun kebelakangan ini. Oleh yang demikian, hari ini KKDS akan melancarkan semula beberapa projek kebajikan yang akan melibatkan semua ahli untuk sama-sama bertanggungjawab menjaga kebajikan rakan-rakan yang memerlukan.

 

Selain itu, adalah merupakan aspirasi KKDS untuk menjadi sebuah wadah yang akan melahirkan siswa siswi yang komprehensif dengan nilai-nilai pakej pendakwah dan pengislah sempurna yang diperlukan oleh masyarakat. Bukan sekadar menguasai ilmu dari sumber muktabar, tetapi dapat juga menguasai ilmu zaman. Justeru, KKDS tahun ini merancang untuk memperbanyakkan beberapa program nilai tambah sebagai bekalan yang mampu memenuhi aspirasi ini.

 

Atas aspirasi yang sama juga, KKDS tahun ini secara khusus mensasarkan usaha merembiskan upaya Helwi supaya peranan Helwi dapat disegar-bugarkan kembali. Kenyataan yang harus kita faham ialah ahli-ahli Helwi KKDS merupakan siswi-siswi yang ada kemampuan dan karisma, namun ironisnya Helwi KKDS sering dilihat lesu. Bukan sekadar itu, KKDS juga berhasrat agar ahli-ahli Helwi KKDS mampu menjadi generasi penerus kepada kepimpinan wanita yang diperlukan oleh masyarakat di negeri dan negara kita. Oleh itu, adalah menjadi harapan, semua pihak dapat memperkemaskan usaha-usaha yang lebih efektif dalam menjaga kebajikan helwi.

Akhirnya, seluruh Ahli Majlis Tertinggi KKDS yang terpilih dalam Muktamar Agung yang lepas merakamkan setinggi syukur kerana berpeluang mencurahkan bakti dalam menguruskan KKDS. Kami optimis dan percaya bahawa pemilihan ini adalah satu suara keyakinan dan harapan kepada kami untuk memimpin KKDS ke arah yang lebih baik. Justeru bantu dan berilah kerjasama kepada usaha-usaha kami. Harapan ahli yang mahukan KKDS lebih maju dan matang berdepan suasana baru di era hujung dekad pertama millennium ini pasti akan menjadi cabaran kepada kami untuk lebih progresif membina satu kumpulan pelajar yang mempun-

 

Azfar bin Abdullah

Yang Di-Pertua

Keluarga Anak Kedah Di Syria Sesi 2011.

 

Leave a comment »

Pertemuan Muhasabah Suku Ketiga KKDS – Bersama Pimpinan PPMS 2010.

Oleh : Wartawan kedahsyria.

Damascus , 28 Julai 2010, Bertemakan “PIMPINAN BERKEBAJIKAN” Keluarga anak Kedah Syria (KKDS)  telah mengadakan Pertemuan Muhasabah Suku Ketiga KKDS diperingkat pimpinan KKDS-PPMS yang diketuai oleh Yang Di Pertua Keluarga anak Kedah Syria, Saudara Azfar Abdullah. Antara yang hadir pada pertemuan tersebut ialah, Timb. Presiden PPMS Saudara Mujahid Mokhtar, Penasihat PPMS, Saudara Hassan Hussain dan beberapa exco dari kedua-dua organisasi.

Sambutan yang diterima cukup memuaskan hati pihak penganjur. Pihak penganjur melahirkan rasa bangga diatas keterbukaan yang dipamerkan oleh PPMS didalam membincangkan beberapa masaalah yang ditanggung bersama. Pelbagai cadangan dapat dirakam untuk disemak semula oleh pihak penganjur sebagai “ole-ole” didalam memajukan organisasi.

Hubungan diantara pimpinan boleh di ibaratkan  sebagai satu asset penting didalam proses menjaga kebajikan bersama, disamping mengeratkan lagi ukhuwah persaudaraan sesama muslim.

KKDS 2010 dengan tema “ORGANISASI BERKEBAJIKAN” berazam untuk sentiasa memperbaiki beberapa kesilapan yang sering berlaku saban tahun didalam perlaksanaan program yang diatur.

Program seperti ini diharapkan dapat diteruskan oleh pimpinan yang akan datang, demi menjamin kelancaran tugas bersama.

Leave a comment »

Sepintas lalu dari Mesyuarat AMT

Oleh : Wartawan Kedahsyria.

27 Julai – Setelah semua program dibekukan sempena musim peperiksaan semenjak Mei lalu, Ahli Mesyuarat Tertinggi KKDS semalam telah pun bermesyuarat semula dalam merangka perjalanan dan aktiviti seterusnya selepas ini. Selain itu, mesyuarat semalam juga sempat diisi dengan sedikit muhasabah dalam menilai prestasi KKDS tahun ini.

Mesyuarat AMT kali ke 4 tersebut telah didedahkan dengan laporan kejayaan Lajnah Tarbiyah berhubung program Ziarah Mahabbah para pimpinan ke rumah-rumah ahli. Selain dapat bersua muka, lebih mengenali dan menyalurkan sumbangan kepada ahli, program tersebut juga telah berjaya mendapatkan sedikit sebanyak respon, pandangan dan kritikan akar umbi kepada kepimpinan KKDS demi meneruskan lagi kesinambungan KKDS dalam memacu usaha memperjuangkan kebajikan ahli dengan lebih efektif.

Yang Di Pertua KKDS, Ust Azfar bin Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat itu merakamkan rasa bangga dengan kejayaan program tersebut. Beliau memaklumkan bahawa sehingga sekarang hampir semua ahli kkds telah diziarahi.

“Program bertemu dengan ahli ini merupakan satu usaha penting untuk  mendapatkan penilaian terhadap prestasi pemimpin berkerja. Kita tahu di mana kelemahan dan kelebihan kita mengikut kaca mata ahli. Apabila program ini berjaya, ia bukan sahaja memudahkan kita menilai prestasi kita, malah kita juga secara tidak langsung dapat menggembleng semua ahli dalam berperanan membawa KKDS ke arah suatu matlamat yang dipersetujui bersama terutamanya melalui idea dan pandangan akar umbi yang kadang-kadang sering tidak diendahkan”, ujar beliau.

Selain itu, Yang Di Pertua KKDS itu juga memakumkan tentang permohonan biayaan yang telah dibuat semenjak awal tahun lalu masih belum diluluskan oleh Yayasan Islam Negeri Kedah. KKDS mengikutnya telah dua kali menyediakan proposal biayaan sepanjang tahun untuk sesi ini, namun sampai sekarang masih belum mendapat sebarang jawapan. Permohonan yang dibuat kali pertama difahamkan telah disalah pos oleh wakil KKDS yang pulang ke Malaysia hujung januari lalu. Namun menurutnya permohonan yang dikemukakan kali kedua telah disampaikan sendiri ke tangan Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah di dalam pertemuan ringkas beliau bersama YDP KKDS, YDP MPKJ dan Pegawai Penuntut Kedah Timur Tengah april lalu.

Walaupun begitu, beliau tetap melahirkan rasa yakin beliau bahawa permohonan yang dikemukakan itu akan dipertimbangkan oleh Yayasan Islam Negeri Kedah dengan wajarnya. Mengulas keyakinan beliau itu, Ust. Azfar menyatakan bahawa KKDS telah merujuk hal ini kepada Pejabat Pegawai Penuntut Kedah Timur Tengah di Mesir dan KKDS telah dimaklumkan tentang kemungkinan kelewatan kelulusan ini  disebabkan telah berlaku pertukaran jawatan Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mesyuarat AMT kali keempat ini juga telah meluluskan 3 program terdekat iaitu, Majlis Sambutan Pelajar Baru dan Kursus Intensif Nahu dan Muhadasah pada awal ogos depan, Liqa Mahabbah Ramadhan dan Iftar Jamaie, serta Program Rehlah , Hari Keluarga KKDS dan Kursus Kemahiran Komputer II yang dijangka akan dilangsungkan selepas Eidul Fitri nanti.

Leave a comment »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.